Rozaid Rahman dilantik Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO

Rozaid melapor diri di pejabatnya di bangunan Perdana Putra pada Selasa.
Rozaid melapor diri di pejabatnya di bangunan Perdana Putra pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau melapor diri di bangunan Perdana Putra pada Selasa bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman.

Rozaid, 58, memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada 30 Disember tahun lalu.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun selepas memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Wartawan veteran itu juga pernah menjawat jawatan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu Menteri Pengajian Tinggi.

Wan Nurzila menamatkan perkhidmatan pada 5 Mei lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!