Lelaki didenda RM4,000 beri maklumat palsu kepada JPN

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

REMBAU - Seorang lelaki didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara, tahun lalu.

Tertuduh, Wong Chu Yang, 57, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dipenjara 11 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan maklumat palsu butir-butir material dalam permohonan kad pengenalan kali pertama (12 tahun) seorang kanak-kanak di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara daerah Tampin pada 19 September 2022.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Tg Noor Hasana Tg Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!