[VIDEO] Curi susu formula untuk dijual, suami isteri dipenjara 12 bulan

Noor Bayah dan Mohd Azlee ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
Noor Bayah dan Mohd Azlee ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sepasang suami isteri dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana didakwa mencuri 29 kotak susu formula bernilai lebih RM6,000.

Tertuduh Mohd Azlee Ibrahim,39, dan Noor Bayah Ab Manaf,31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didapati dengan niat curang telah mencuri 20 kotak susu jenama Enfalac A+ 2FL Step 1, 2.32 kilogram dan Enfalac A+ 2FL Step 2, 2.32 kilogram bernilai RM6,747.60 yang diletakkan di rak jualan tanpa kerelaan pemiliknya di Pasar Raya AEON Lebuh Ayer Keroh, di sini, antara jam 5 petang hingga 7.45 malam pada 13 Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman berat kerana perbuatan yang dilakukan bukan disebabkan mereka dalam kesempitan wang namun perbuatan kebiasaan mereka.

Ujarnya, kedua-dua tertuduh menjual susu formula dicuri itu kepada pihak ketiga yang turut membuat pengakuan bersalah dalam pertuduhan sebelum ini.

Sementara itu peguam Muhammad Izzuddin Ab Malik yang mewakili pasangan itu merayu hukuman penjara dijalankan dari tarikh ditangkap.

Mahkamah kemudian mengarahkan setiap tertuduh dipenjara 12 bulan dari tarikh ditangkap pada 16 Februari lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!