'Surat saguhati hari raya hina rakyat Kelantan'
KOTA BHARU - Penyebaran notis kelulusan pemberian saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada pengarah-pengarah Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) sehingga RM10,000 merupakan satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan.
Bekas Exco Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, jika surat itu benar, ia menimbulkan keresahan rakyat ekoran AKSB mendapatkan sumber air bersih sejak sekian lama dibalas dengan habuan lumayan pengarah-pengarahnya.
"Bagaimanapun, jika notis berkenaan tidak benar, saya minta AKSB segera menafikan dan pada masa sama mengambil langkah sewajarnya untuk rakyat Kelantan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, AKSB sewajarnya menyalurkan keuntungan daripada bayaran bayaran bil pengguna untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem air di negeri ini.
"Ia sejajar dengan peranan utama mereka untuk menyediakan fasiliti secara menyeluruh," katanya.
Beliau juga memohon kerajaan negeri mengambil langkah yang sewajarnya memantau penggunaan kewangan AKSB supaya tiada pihak menerima keuntungan yang tidak sepatutnya.
Nik Saiful Adli yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh berkata, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih secukupnya dan berkualiti.
Sejak semalam tersebar satu notis kelulusan pemberian saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada pengarah-pengarah AKSB sehingga RM10,000 setiap orang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!