Banjir di Terengganu semakin pulih
A
A
A
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini, hanya tujuh PPS beroperasi di Kemaman menempatkan 383 mangsa dan dua lagi PPS beroperasi di Hulu Terengganu menempatkan 283 mangsa.
"Satu-satunya PPS di Setiu ditutup secara rasminya pada pukul 9.15 pagi dan kita menjangka lebih banyak PPS akan ditutup pada sebelah petang ini sekiranya cuaca cerah berterusan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kit makanan kepada 220 mangsa di Pusat Latihan Darul Iman di Teluk Kalong di sini hari ini.
Bagaimanapun, penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa pulang ke rumah mereka atas faktor keselamatan.
"Kami berharap penduduk terjejas banjir akan terus tinggal di PPS sehingga rumah mereka disahkan selamat untuk diduduki semula," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!