Mayat lelaki ditemui dalam sungai

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada Selasa.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mayat terbabit ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memancing di sebuah jambatan, kemudian memaklumkan kepada pihak polis pada jam 1.25 pagi.

"Saksi memaklumkan ternampak objek terapung perlahan-lahan mengikut arus sungai dan apabila diamati ia adalah tubuh manusia.

"Butiran penuh mangsa belum dapat dikenal pasti, mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Fakhrudin berkata, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Balai Kota Damansara di talian 03-61421222 bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!