Mayat tertiarap di ruang parkir hotel

Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di bawah ruang parkir kenderaan sebuah hotel.
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di bawah ruang parkir kenderaan sebuah hotel.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang kakitangan sebuah hotel di bandar ini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di ruang parkir kenderaan hotel berkenaan.

Lelaki yang enggan dikenali itu memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 9 pagi, dia sedang memantau keadaan hotel sebelum terhidu bau busuk.

"Saya fikirkan ada haiwan sama ada anjing atau kucing yang mati di ruang parkir itu.

"Saya kemudian mencari arah bau pelik yang tidak seperti biasa itu tetapi terkejut selepas melihat mayat di satu ruang tersorok di parkir berkenaan," katanya.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengepam air.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengepam air.

Pekerja hotel berusia 43 tahun itu kemudian mengambil tindakan menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, seramai sepuluh anggota dengan sebuah jentera terlibat melakukan bantuan mengepam air keluar dari ruang tempat mayat ditemui.

Jelasnya, proses mengepam menggunakan dua unit pam bermula jam 3.30 petang sebelum mayat dibawa keluar pada jam 6.30 petang.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian daripada orang awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!