Henti sebar video proses bawa turun jenazah Awang Askandar
SHAH ALAM - Orang ramai digesa menghentikan penyebaran video memaparkan proses membawa jenazah didakwa pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, seperti yang tular di media sosial pada Selasa.
Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, pihaknya menafikan video yang tular itu adalah proses membawa turun jenazah Awang Askandar kerana ia baharu bermula hari ini dan dijangka tiba di kem dua pada sebelah malam.
Menurutnya, tiada liputan internet di kem empat sehingga kem dua dan beberapa video yang tular itu juga sudah siap disunting termasuk berlatar belakangkan muzik.
"Video yang tular itu mungkin membabitkan proses membawa turun pendaki lain yang berdepan masalah kesihatan dan setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang video proses membawa turun jenazah daripada malim gunung.
"Semua pihak perlu menghormati sensitiviti ahli keluarga Allahyarham Awang Askandar yang masih dalam kesedihan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Azim dalam pada itu berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran video yang tular berkaitan perkara itu.
Ketika ini Azim bersama seorang pendaki ME 2023, Tiong Ling Yang, 30, dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berada di Everest Base Camp (EBC) bagi menunggu ketibaan jenazah dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.
Sebelum ini, beberapa video yang tular itu memaparkan seorang malim gunung sedang memikul individu yang dibungkus dengan rapi namun kelihatan individu berkenaan masih bernyawa.
Difahamkan proses membawa turun jenazah Awang Askandar pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut itu sepatutnya diadakan semalam namun disebabkan berdepan masalah cuaca terpaksa ditangguhkan ke hari ini.
Selain itu, keadaan salji setebal 0.30 meter di atas permukaan pergunungan menyukarkan malim gunung untuk bergerak kerana jenazah terpaksa dibawa turun secara manual menggunakan pengusung.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest
Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest
'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'
Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung
'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest
Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest
Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki
Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu
Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar
Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar
Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!