Selepas Kerajaan Perpaduan, ke mana undi Melayu?
Tidak lama lagi rakyat di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pastinya setiap parti yang bertanding akan memasang strategi masing-masing untuk menarik undi.
Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam milikan Perikatan Nasional sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan-BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan, sekarang.
PRN ini nampaknya akan menguji kekuatan dua blok tersebut. Siapa berjaya menambah sokongan yang diterjemahkan ke dalam undi atau ada blok yang terpaksa akur menerima hakikat bahawa mereka tidak disukai lagi. Pergelutan merebut undi. Pihak mana terdesak memerlukan sokongan pengundi Melayu terutama daripada golongan muda?
Setakat ini prestasi PN dapat kita lihat pada pasca PRU1-5 lalu. Bagaimana pula situasi PH-BN? Mampukah sekutu besar, DAP membantu menarik undi Melayu dalam PRN ini?
Ikuti perbincangan SEKARANG bersama panel, ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin serta pemerhati politik, Iswardy Morni. Dihoskan oleh Ismail Adnan dalam Wacana bertajuk: Selepas Kerajaan Perpaduan, ke mana undi Melayu? di semua platform digital Sinar Harian.