Muhyiddin terima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semasa menerima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di pejabatnya hari ini.

Menurut laman Facebook Muhyiddin, Mohamad Fuzi akan bersara wajib pada Jumaat ini (3 Mei).

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.

Beliau sebelum itu merupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!