Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar tiba di kem tiga

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di kem tiga pada jam 7 pagi waktu Nepal, pada Rabu.

Ketua ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, jenazah telah dibawa turun dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung dari kem empat.

Menurutnya, buat masa ini pasukan penyelamat berehat sebentar selepas berhempas pulas selama sembilan jam bergilir-gilir mengusung jenazah, sebelum meneruskan perjalanan ke kem dua.

“Cuaca ketika ini kurang baik dengan keadaan berangin dan mendung dengan suhu sekitar 23 darjah celcius.

“Kita jangkakan perjalanan dari kem tiga ke kem dua mengambil masa selama dua jam namun ia bergantung kepada keadaan cuaca," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azim berkata, sebaik tiba di kem dua, jenazah akan terus diterbangkan dengan helikopter ke Everest Base Camp (EBC) dan seterusnya dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Jelasnya, jika keadaan cuaca mengizinkan, jenazah dijangka akan diterbangkan ke Kathmandu pada jam 1 tengah hari waktu Nepal.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!