Maut bertembung lori bijih

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori muatan sawit maut apabila kenderaan yang dinaiki bertembung lori muatan bijih di Jalan Aring - Kenyir di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mohd Zakie Ismail, 30, dari Felda Chiku 07, maut di lokasi kejadian dalam perjalanan menghantar hasil sawit ke sebuah kilang.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!