Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bekalan gula di Negeri Sembilan dijamin cukup

A
A
A

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi bagi keperluan pengguna di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik atas dakwaan bekalan gula terjejas kerana pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa berhubung barang kawalan ini.

Jelasnya, untuk makluman secara purata penggunaan gula bulanan bagi setiap individu di negeri ini adalah 0.5 kilogram sebulan.

Tambahnya, jumlah bulanan gula yang diperlukan dianggarkan sebanyak 600 metrik tan bagi penggunaan 1.2 juta rakyat Negeri Sembilan.

Artikel: https://shorturl.at/dikBZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com