Karangkraf sumbang kerusi roda kepada pasangan warga emas

Nik Justin (empat dari kiri) menyerahkan kerusi roda dan sumbangan barangan keperluan harian kepada Razali di rumahnya di Kampung Bukit Kuda pada Rabu. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nik Justin (empat dari kiri) menyerahkan kerusi roda dan sumbangan barangan keperluan harian kepada Razali di rumahnya di Kampung Bukit Kuda pada Rabu. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf menerusi anak syarikatnya Sinar Karangkraf Sdn Bhd menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Bukit Kuda, Meru, Klang pada Rabu.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat media itu cakna kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya pernah turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Kampung Bukit Kuda yang terkesan akibat banjir.

Nik Justin menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian kepada Faridah. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nik Justin menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian kepada Faridah. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Saya difahamkan ada beberapa keluarga terutama warga emas yang memerlukan bantuan.

"Jadi kali ini kami turun sekali lagi untuk memberikan sumbangan berupa dua buah kerusi roda kepada pasangan warga emas Razali Bakar, 61, dan Aminah Abd Wahid, 60, masing-masing mengalami penyakit angin ahmar dan kencing manis," katanya.

Nik Justine berkata, pihaknya turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian sumbangan Bernas.

"Kita juga prihatin dengan nasib yang menimpa seorang lagi warga emas Ramalik Harun, 71, yang kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis sejak 10 tahun yang lalu," ujarnya.

Jelas Nik Justin lagi, sumbangan yang sama turut disampaikan kepada seorang lagi penerima, Faridah Mohd Sarip, 64, yang tidak dapat berjalan akibat terjatuh empat tahun lalu.

"Kami berharap dengan sumbangan yang diberikan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan memberikan kemudahan yang ditanggung oleh mereka," katanya.

Nik Justin bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan keadaan Ramali Harun yang kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis 10 tahun lalu.
Nik Justin bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan keadaan Ramali Harun yang kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis 10 tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang anak penerima, Mohd Akhbar Razali, 31, berterima kasih kepada Kumpulan Karangkraf di atas bantuan kerusi roda yang disumbangkan kepada orang tuanya.

"Selama ini mereka terpaksa berkongsi kerusi roda kerana tidak mampu membeli yang baharu disebabkan harganya yang mahal.

"Banyak kos terpaksa dikeluarkan untuk rawatan dialisis emak dan ayah serta saya," katanya yang turut menghidap penyakit buah pinggang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!