Tamatnya era Heisei, bermula era Riewa

Maharaja Akihito dilihat memasuki kuil diraja di Istana Imperial bagi menghadiri upacara keagamaan menjelang majlis turun takhta pemerintahannya, petang tadi. - Foto Reuters
Maharaja Akihito dilihat memasuki kuil diraja di Istana Imperial bagi menghadiri upacara keagamaan menjelang majlis turun takhta pemerintahannya, petang tadi. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Maharaja Akihito turun takhta sebagai Maharaja Jepun secara rasmi, sekali gus menamatkan era Heisei selama tiga dekad.

Memetik BBC, majlis Taiirei-Seiden-nogi atau turun takhta itu berlangsung secara tertutup di Istana Imperial jam 5 petang waktu tempatan, hari ini.

Ia berlangsung kira-kira 10 minit dengan dihadiri kira-kira 330 tetamu.

Upacara berakhir selepas Akihito menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Maharaja walaupun secara teknikalnya beliau akan memegang takhta diraja sehingga tengah malam hari ini.

Sebelum itu, Akihito mengunjungi kuil Shinto di Istana Imperial bagi menghadiri upacara keagamaan sempena majlis turun takhta pemerintahannya sebagai Maharaja Jepun selama tiga dekad.

No Image Caption

Akihito, 85, ialah anggota monarki Jepun pertama melepaskan takhta diraja dalam tempoh dua abad.

Isterinya, Maharani Michiko adalah rakyat biasa pertama yang mengahwini putera mahkota dan pasangan itu sudah berkahwin selama 60 tahun.

Artikel Berkaitan:

Esok, anak sulungnya Putera Mahkota Naruhito akan mewarisi takhta diraja Jepun sebagai Maharaja baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat perkara tentang Maharaja Jepun turun takhta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!