Taufan Mawar landa Guam
LOS ANGELES - Taufan Mawar melanda wilayah Guam, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, membawa angin kuat ke pos tentera Pasifik.
Menurut Gabenor Guam, Lou Leon Guerrero, taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 225 kilometer sejam (km/j) baru melintasi pulau tersebut yang mungkin menyebabkan kerosakkan besar-besaran.
Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan pemindahan dan membuka tempat perlindungan sementara manakala Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan darurat di pulau didiami 170,000 orang.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata, taufan tersebut berada 45 batu (70 kilometer) tenggara Guam pada Rabu.
Laluan semasa Taufan Mawar menunjukkan kebarangkalian tinggi melintasi Guam,” jelas agensi itu.
Selain itu, amaran banjir kilat juga dikeluarkan di pulau tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!