Duit sagu hati untuk ringan beban kakitangan - AKSB

AKSB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan pada Khamis.
AKSB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan pemberian duit sagu hati kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan semasa Aidilfitri untuk meringankan beban kakitangan.

AKSB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan pada Khamis berkata, perkara tersebut merupakan amalan biasa sesebuah syarikat sebagai keraian.

"Bayaran sagu hati ini dibuat mengikut prosedur tadbir urus kewangan dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat," katanya.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain memuat naik di laman sosial Facebook miliknya berupa salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB, RM2,000 kepada setiausaha syarikat manakala semua kakitangan RM200.

Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan pemberian saguhati berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah AKSB merupakan prosedur biasa.

Ketuanya, Mohamad Kamal Mohamed berkata, pemberian itu sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!