Sri Lanka tarik balik sekatan ke atas media sosial

Pasukan tentera terus berkawal di lokasi seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga.
Pasukan tentera terus berkawal di lokasi seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga.
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA . Kerajaan Sri Lanka hari ini menarik balik larangan ke atas platform media sosial yang bertujuan menyekat penyebaran khabar angin selepas siri serangan berdarah ke atas beberapa hotel dan gereja yang menggemparkan negara itu pada 14 April lalu.

Kawalan keselamatan di negara itu bagaimanapun kekal di tahap berjaga-jaga selepas pihak berkuasa mendapat laporan risikan tentang ancaman serangan baharu sebelum Ramadan.

Sementara itu, pihak berkuasa telah mengenal pasti identiti 42 warga asing dalam kalangan 253 mangsa yang terbunuh dalam tragedi itu.

Baki 12 warga asing bagaimanapun masih belum dikenal pasti. Kementerian Luar memaklumkan seramai lima warga asing yang cedera masih dirawat di hospital. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!