Naluri ibu yakin Hawari masih hidup

Amran (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Che Tom ketika mengunjungi keluarga Hawari di Kampung Permatang Kerai, pada Khamis.
Amran (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Che Tom ketika mengunjungi keluarga Hawari di Kampung Permatang Kerai, pada Khamis.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Ibu kepada pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim yakin anaknya masih hidup dan akan pulang ke pangkuan keluarga tidak lama lagi.

Che Tom Hassan, 64 berkata, walaupun anak ketiganya itu dilaporkan hilang sejak seminggu lalu namun nalurinya sebagai ibu merasakan masih ada harapan untuk anaknya ditemui.

Menurutnya, setiap hari dia akan melakukan solat sunat Istikharah dan berdoa supaya Hawari ditemui namun setakat ini belum mendapat sebarang petunjuk.

"Setiap pagi mak cik akan periksa telefon dan menantikan sebarang perkembangan mengenainya (Hawari) namun sehingga kini belum menerima sebarang khabar positif.

"Mak cik minta supaya misi pencarian Hawari diteruskan dan harap sangat sangat dia berjaya ditemui walau macam mana keadaan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Permatang Kerai, di sini pada Khamis.

Terdahulu, Che Tom menerima kunjungan daripada Zakat Pulau Pinang yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali.

Dalam kunjungan itu, Amran menyampaikan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga Che Tom selain memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Media pada Rabu, melaporkan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari akan ditamatkan Ahad ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K Nagulendran berkata, keputusan itu dibuat susulan notis penutupan semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan, yang dikeluarkan kerajaan Nepal.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!