Beg Sofyank hilang di Singapura
SHAH ALAM - Pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank memaklumkan dia kehilangan sebuah beg yang mengandungi barangan penting termasuk hasil projek videonya yang belum diterbitkan.
Ujar Sofyank, terdapat individu yang disyaki terambil beg berjenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.
Jelasnya, beg itu pada awal dikesan berada di lokasi yang sama menerusi AirTag yang dihubungkan kepada telefon pintarnya, meskipun belum dijumpai sehingga jam 6 pagi Jumaat.
“Pengesanan tersebut berhenti pada jam 6 pagi. Saya percaya orang itu sedang dalam penerbangan ke tempat lain.
“Saya akan mendapatkan kembali lokasi langsung setelah beg mendarat dan AirTag menerima liputan daripada peranti iOS yang berdekatan.
“Rasanya, peluang untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan adalah terlalu rendah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat.
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
Dia juga baru-baru ini memaklumkan bahawa ada merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
NEED YOUR HELP
— sofyank96 (@sofyank96) May 25, 2023
Someone mistakenly took my bag from the flight named FlyScoot from Malaysia to Singapore on May 25th, arriving at 10:50 PM. I hope you can share this message until that person notices.
Dalam tu ada projek video saya yang belum release dan tersangat penting.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!