Impian besar Haaland

Haaland dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Sukan di London pada Khamis. - Foto Agensi
Haaland dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Sukan di London pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Erling Haaland memasang impian besar untuk membantu Manchester City merangkul kejuaraan treble musim ini.

The Citizens sudah mengesahkan gelaran kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh enam musim.

Anak-anak buah Pep Guardiola itu akan membuat perhitungan dengan Manchester United pada aksi final Piala FA, 3 Jun ini.

Seminggu kemudian City akan berkunjung ke Istanbul, Turkiye menentang Inter Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

"Ada dua perlawanan akhir lagi, kami perlu kekal fokus untuk meraih apa yang diidamkan (trofi).

"Saya akan melakukan segala yang termampu untuk mencapai kejayaan dan semoga dapat memenangi kedua-duanya," ujar Haaland.

Pemain Norway itu meraih anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak di London pada Khamis.

Haaland telah menjaringkan 52 gol dalam 51 perlawanan untuk City -- menjelang perlawanan akhir EPL menentang Brentford pada Ahad.

City berhasrat untuk mencontohi pencapaian Manchester United pada tahun 1999 yang merangkul kejuaraan treble - EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Satu perkara yang baik menentang Inter kerana ia bermakna kami mempunyai kualiti.

"Kami perlu bermain bola sepak dengan cara kami, menyerang dan menguasai bola. Pada akhirnya kita akan lihat siapa yang menang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!