Tong air terima permintaan tinggi

Muhammad Nor bersama tong-tong air yang ditempah pelanggannya sekitar Temerloh dan luar Temerloh.
Muhammad Nor bersama tong-tong air yang ditempah pelanggannya sekitar Temerloh dan luar Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - Tong air antara barangan yang menerima permintaan tinggi orang ramai bagi menyimpan air berikutan musim panas yang melanda negara ketika ini.

Keadaan itu memberikan peluang kepada seorang penjawat awam, Mohammad Nor Hafizi Khaidzir, 34, di sini mencari pendapatan tambahan dengan menjual tong tersebut kepada orang ramai.

Menurutnya, setakat ini, sambutan yang diterima sepanjang musim panas tahun ini menggalakkan sejak mula menjual tong tersebut dua tahun lalu.

"Memang musim panas kali ini banyak membantu jualan dan sudah dua kali saya menambah stok tong yang diperoleh daripada pembekal.

"Tong yang dijual adalah tong terpakai bekas isi jus buah dan boleh membuatkan air hingga 25 liter.

"Setakat ini, saya jual dengan harga promosi iaitu RM10 setiap satu tong hingga hujung bulan Mei dan selain Temerloh, saya juga dapat permintaan luar Temerloh khususnya dari Jengka," kata beliau kepada Sinar Harian.

Ujar Mohammad lagi, tong yang dijual olehnya boleh dicuci seperti biasa dengan air dan sabun.

"Dengan jualan tong ini,memang membantu saya mencari pendapatan tambahan untuk keluarga," tambah Mohammad lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!