Musim durian tiba

A
A
A
Balik Pulau yang terletak di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara setiap kali musim durian tiba.

Pelbagai citarasa dan variasi Raja Buah boleh didapati di Pulau Mutiara dan mempunyai keunikan tersendiri selain rasa yang berbeza berbanding durian di tempat lain. Sebut sahaja nama dan jenis durian terkemuka yang menjadi kegemaran ramai seperti horlor, musang king, ochee, udang merah, kucing tidur dan banyak lagi semuanya boleh didapati Balik Pulau.

Beberapa pemilik dusun menawarkan orang ramai menikmati keenakan raja buah itu yang baharu luruh dari pokok di kawasan dusun.

Tetapi pada musim ini keadaan gelombang haba yang terterusan sejak April lalu bukan sahaja menyebabkan permintaan yang rendah terhadap raja buah-buahan malah mengakibatkan pengeluaran yang lebih rendah.

Pemilik dusun durian 8321, Yeap Gaun Fong,45, berkata hasil tuaian durian musim ini 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu disebabkan cuaca panas.

Tambahnya lagi, cuaca panas menjadi titik utama orang ramai kurangkan membeli durian kerana cuaca terlalu panas untuk makan durian.

Kelihatan pekerja mengutip buah durian di dusun durian 8321 di Teluk Bahang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024