Dana judi: Tidak nyatakan siasatan SPRM dihenti, digugurkan
BERITA SEMASA 26 MEI 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, jawapan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat berhubung pendanaan adalah tidak menyatakan siasatan SPRM dihenti atau digugurkan.
Menurutnya, SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali tentu sekali berhak menjalankan siasatan berkaitan dan membuka fail mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa berdasarkan maklumat dan juga bukti diperoleh dari semasa ke semasa.
Ujar Datuk Seri Azalina, undang-undang negara tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan sebarang tindakan atas kes jenayah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260421/berita/nasional/dana-judi-tidak-nyatakan-siasatan-sprm-dihenti-digugurkan
Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah