Sufie akui ada dugaan dalam bertunang

Penyanyi, Sufie Rashid
Penyanyi, Sufie Rashid
A
A
A

PENYANYI, Sufie Rashid, berdepan dengan dugaan apabila tunangnya, Nurulain Md Yusof menerima kejian di media sosial.

Menurut Sufie, 28, meskipun pertunangan mereka aman namun orang luar pula yang cuba menjadi dalang.

“Bila kita bertunang ini tanggungjawab itu sangat besar dari segi macam mana saya nak bawa diri sebagai tunang orang selain bergelar selebriti.

“Tambah pula bila saya sudah kenalkan siapa tunang saya secara terbuka di media sosial, dia (Ain) ada yang cuba mengacau selain mengeji.

“Tetapi, saya bersyukur kerana dia dapat menangani cabaran itu dengan rileks sahaja,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Penyanyi Implikasi itu ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 ‘Live’ di MeleTOP, Astro, Bukit Jalil, semalam.

Penyanyi, Sufie Rashid
Penyanyi, Sufie Rashid

Pasangan Sufie dan Ain selamat mengikat tali pertunangan pada 15 Disember tahun lalu dan bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 21 September 2019.

Artikel Berkaitan:

Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 22 September di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Selang seminggu, resepsi kedua akan diadakan di Changi, Singapura pada 28 September.

Mengenai penglibatan bersama Astro, Sufie antara penyanyi bersama Usop, Ara dan Masya Masyitah menyanyikan lagu tema Sempurna Seadanya ciptaan sepenuhnya S. Atan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!