Nora Danish pasang dua bodyguard
ATAS kerisauan gara-gara saban hari ada sahaja berita jenayah yang mengerikan berlaku, suami kepada aktres cantik Nora Danish, 37, Nedim Nazri, memasang pengawal peribadi demi keselamatan isterinya.
Menurut pelakon popular siri komedi Puteri itu, dia mempunyai dua pengawal peribadi berkemahiran tinggi dalam pasukan badan beruniform selepas berkahwin dengan Nedim pada 2017.
“OK begini ceritanya... pasang bodyguard ini pun sebab Nedim yang suruh. Katanya, ada yang jaga dan perhatikan saya sekiranya apa-apa yang tidak elok berlaku.
“Sebab sekarang banyak kes simbah asid, rogol dan mencuri serta banyak lagi. Jadi, itulah sebenarnya kenapa saya ada bodyguard.
“Dulu pun saya tak selesa langsung tapi lama-kelamaan saya sudah biasa,” ujarnya suami seorang yang sangat melindungi.
Nora yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 ‘Live’ di MeleTOP, Astro, Bukit Jalil, turut berkata, andai ada peminat yang mahu bergambar usah bimbang kerana bodyguard sudah dimaklumkan tentang hal itu.
“Ada juga yang nak ambil gambar sebelum ini tapi mereka takut sebab tengok ada bodyguard, tapi lepas ini cakap sahaja,” jelas Nora kepada Sinar Harian tersenyum.
Dalam perkembangan seni lakon, saksikan Nora menerusi drama bersiri Imaan bermula 1 Mei, setiap hari Rabu hingga Jumaat di saluran Astro Ria (104) dan HD (123), jam 9 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!