Tikaman di dada punca kematian wanita dibunuh teman lelaki

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui terbakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di sini pada Isnin lalu mendapati punca kematiannya akibat luka tikaman di dada pada badan yang melecur.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, jenazah mangsa telah dituntut keluarganya.

"Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Kampung Nelayan Sungai Besar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu masih direman sehingga Isnin depan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di sini pada Isnin.

Suspek membakar mayat teman wanitanya itu yang juga pekerja sebuah kedai makan untuk melupuskan bukti selain cuba membuang semua barang bukti di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.

Tindakan suspek bagaimanapun disedari orang awam yang menemui mayat terbakar di lokasi kejadian sebelum menghubungi polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!