MKT UMNO terima penjelasan Ahmad Maslan isu undi calon DAP

Laporan Sinar Harian pada 19 Mei lalu. (Kanan: Mohd Puad Zarkashi)
Laporan Sinar Harian pada 19 Mei lalu. (Kanan: Mohd Puad Zarkashi)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terima penjelasan ahlinya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai gesaan agar parti itu mengundi calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana partinya ingin mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal.

"Ahmad Maslan beri penjelasan bahawa sebenarnya ialah supaya menyokong calon Kerajaan Perpaduan. Itu sahaja.

"Dia tiada sebut pasal DAP pun. Jadi kita terimalah penjelasan itu. Kita nak Kerajaan Perpaduan kekal hingga cukup penggal," katanya selepas menghadiri mesyuarat MKT di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata pengundi UMNO diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Tambah Ahmad, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!