City ghairah buru treble

City memasang impian merangkul gelaran treble selepas memenangi kejuaraan EPL. Foto AFP.
City memasang impian merangkul gelaran treble selepas memenangi kejuaraan EPL. Foto AFP.
A
A
A

PEP Guardiola dan barisan pemain Manchester City melaungkan semboyan untuk mencipta sejarah trebel merangkul Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Trofi EPL sudah dalam genggaman dan The Citizens teruja untuk melakar kemenangan ke atas Manchester United pada aksi final Piala FA dan Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara bulan depan.

"Semua orang tahu di mana posisi kami (memburu trofi). Ia hadir sekali seumur hidup," ujar Guardiola.

Sebagai rekod, hanya United yang berjaya meraih gelaran trebel dalam kancah bola sepak Inggeris iaitu pada musim 1998/99.

Guardiola memiliki 'ketajaman' dalam melakukan percaturan The Citizens yang dilihat menjadi kunci kejayaan pasukan.

"Apabila kami di sana (final) yang pertama kamu perlu bertenang dan menikmatinya selain melakukan yang terbaik.

"Namun tiada seorang pun yang dapat memastikan yang kami akan kembali dalam posisi berkenaan lagi (perlawanan akhir)," katanya.

Dalam pada itu, menurut Gardiola, tempoh rehat selepas aksi terakhir liga di Brentford pasa Ahad adalah masa terbaik untuk melakukan persiapan menjelang dua perlawanan penting itu.

"Kembali dalam keadaan terbaik untuk aksi final nanti," kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu yang pernah menjuarai 11 gelaran liga dalam 14 musim sebagai jurulatih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!