11 maut dalam runtuhan salji di utara Pakistan

 Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan. Foto hiasan 123RF
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan. Foto hiasan 123RF
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kejadian runtuhan salji berlaku berhampiran Shounter Valley Pass di Tapak Perkhemahan Bakarwal di wilayah Gilgit Baltistan, menurut kerajaan wilayah dalam satu kenyataan Sabtu.

"Semasa kejadian itu, 25 orang daripada keluarga Gujjar termasuk haiwan ternakan ... ditimpa runtuhan salji,” katanya.

Lapan mayat ditemukan setakat ini, sementara usaha mencari mereka yang masih hilang diteruskan.

Menurut kenyataan itu, mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Ibu Pejabat Daerah Astore, di mana sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Disebabkan lokasi terpencil dan rupa bumi yang sukar, pasukan penyelamat juga berdepan cabaran untuk memindahkan jentera berat ke kawasan terjejas, menurut pegawai penyelamat tempatan.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif turut melahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!