Ratu Wushu Asia Tenggara peluk Islam
A
A
A
Demikian pengakuan yang dibuat Ratu Wushu Asia Tenggara tersebut seperti yang dilaporkan oleh detik.com.
Namun dalam satu video lain, beliau menegaskan bahawa keputusan untuk beliau ‘pindah agama’ bukanlah dibuat atas sebab ingin menikahi buah hatinya, rakan atlet Achmad Hulaefi.
Sebaliknya menegaskan tindakan untuk memilih Islam berdasarkan kepada keyakinan akan kebenarannya dan bukan disebabkan perkara lain.
Menurutnya yang diwawancara saluran Kumparan di YouTube, perhubungan mereka tiada istimewa sama seperti pasangan lain.
Kata Lindwells Kwok, Achmad menyuntingkan sebagai pasangan hidup setelah dirinya memeluk Islam.
Perkahwinan mereka diadakan Isnin lalu dengan penuh meriah tetapi sederhana demi menghormati
ahli keluarga Lindwells Kwok yang masih belum boleh menerima pilihannya memeluk Islam.
Lindwells Kwok berkecimpung dalam arena sukan wushu sejak berusia 15 tahun dan aktif hingga ke arena antarabangsa.
Bagaimanapun, akibat kecederaan lutut yang dideritanya, dia memilih untuk bersara. – Tribun News
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!