42 klinik daif di Pahang akan dinaik taraf

Dr Zaliha kesihatan meninjau fasiliti di Klinik Kesihatan Bukit Gah Kuantan ketika lawatan kerja pada Ahad.
Dr Zaliha kesihatan meninjau fasiliti di Klinik Kesihatan Bukit Gah Kuantan ketika lawatan kerja pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 42 klinik kesihatan yang diklasifikasikan sebagai daif di Pahang.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak RM12.901 juta dana telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek menaiktaraf infrastruktur dan fasiliti di klinik yang sudah disenaraikan tahun ini.

"Kita sebenarnya telah ada perancangan untuk naik taraf beberapa klinik, hari ini (Ahad) saya ke Klinik Kesihatan (KK) Bukit Goh untuk melihat serta meninjau beberapa perkara di sini.

"Saya telah diberikan taklimat untuk melihat keperluan di klinik ini (Bukit Goh) disebabkan oleh kehadiran pesakit yang ramai. Kita memerlukan beberapa infrastruktur seperti ambulans yang baharu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau KK Bukit Goh pada Ahad.

Dr Zaliha memberitahu kerja-kerja menaiktaraf klinik-klinik yang terlibat akan dilaksanakan pada tahun ini

"Perolehan sudah selesai, kita tunggu proses seterusnya dan kita akan mulakan segera," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!