Lelaki gelandangan China mengajar bahasa Inggeris

Lelaki gelandangan dikelilingi pelajarnya di tepi jalan untuk belajar bahasa Inggeris. - Agensi
Lelaki gelandangan dikelilingi pelajarnya di tepi jalan untuk belajar bahasa Inggeris. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang lelaki gelandangan di wilayah Hebei, China menarik perhatian warganet kerana berkebolehan mengajar bahasa Inggeris kepada kumpulan pelajar di atas laluan pejalan kaki, berbanding hanya duduk meminta sedekah.

Dia hanya mengenakan caj 5 yuan (RM3.17) hingga 25 yuan (RM25) sejam atau nilai sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Laman web CTWANT melaporkan lelaki itu menjadi tular di media sosial selepas orang ramai mendapatinya mengajar pelajar di tepi jalan sebagai 'bilik darjah' sementara.

Walaupun penampilannya tidak kemas seperti rambut kusut masai dan pakaian berbau busuk, dia dikatakan mempunyai latar belakang luar biasa.

Menurut laporan, lelaki itu mencari rezeki dengan menyediakan sesi mengajar bahasa Inggeris secara persendirian dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

Papan putih di sebelahnya memaparkan pengenalan diri yang menyatakan dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari institusi di wilayah Hebei serta Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains dan Teknologi Hebei.

Gambar menunjukkan beberapa pelajar duduk di atas tanah sambil mendengar penjelasan 'guru' bahasa Inggeris mereka.

Apabila tidak mengajar, dia menggunakaan permaidaini merah untuk dijadikan tempat tidurnya.

Kisahnya menjadi inspirasi warganet dan mereka memuji sikap berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain untuk meneruskan kehidupannya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!