United optimis rangkul Piala FA

Ten Hag (kanan) mahu para pemain memberikan segala kudrat untuk membantu United memburu trofi Piala FA menentang City awal bulan depan. Foto AFP
Ten Hag (kanan) mahu para pemain memberikan segala kudrat untuk membantu United memburu trofi Piala FA menentang City awal bulan depan. Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER United akan mengerahkan segala kudrat untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City dalam aksi final Piala FA awal bulan depan.

Jurulatihnya Erik ten Hag optimis The Red Devils berpeluang memenangi trofi tersebut dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Wembley.

"Masih ada satu lagi perlawanan dan saya yakin para pemain akan memberikan segalanya untuk menewaskan City hujung minggu ini.

"Jika anda (peminat) menyokong kami, saya yakin kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk merampas kembali piala itu ke Old Trafford," ujar ten Hag.

United mengesahkan tiket kelayakan Liga Juara-Juara setelah menewaskan Chelsea Jumaat lalu, The Red Devils mengesahkan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir kempen.

United bangkit daripada gol tandukan awal Kenny Tete sebelum David De Gea menyelamatkan sepakan penalti Aleksandar Mitrovic.

Jadon Sancho dan Bruno Fernandes kemudian memastikan kemenangan 2-1 menentang Fulham di Old Trafford pada Ahad.

Para pemain diberi sambutan gemilang sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas,

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain. Mereka telah menempuhi satu musim yang cemerlang.

“Mereka juga disokong oleh kakitangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga kakitangan kami.

“saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda (peminat). Sepanjang musim ini kami berjuang dengan sangat hebat di Old Trafford dan di tempat lawan.

“sumbangan anda yang telah menyokong kami amat dihargai - ia menakjubkan, jadi terima kasih," ujar ten Hag.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!