Rempuhan di stadium di Tanzania ragut satu nyawa, 30 cedera
Rempuhan itu berlaku apabila peminat bola sepak berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Konfederasi CAF antara Tanzania dan Algeria, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Ummy Mwalimu mengesahkan seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Pasukan belia Algeria memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1 dan pusingan akhir kedua akan diadakan di Algiers. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!