Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

RM20j untuk litar drag tak pernah diluluskan di Parlimen

A
A
A

BERITA SEMASA 29 MEI 2023

Peruntukan RM20 juta bagi membangunkan satu litar di setiap negeri yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah diluluskan di Parlimen.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, peruntukan itu diumumkan bagi Bajet 2023 tidak pernah dibahaskan dan tidak mendapat kelulusan.

Jelasnya, Datuk Seri Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan. Oleh demikian bajet tersebut tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag.

Artikel: RM20 juta untuk litar drag tak pernah diluluskan di Parlimen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#fyp #BeritaDiTiktok #SinarHarian #BeritaSemasa #LitarDrag