Pekerja kilang didakwa miliki gambar lucah dalam telefon bimbit
29 Mei 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 29 MEI 2023
Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah pada Isnin atas pertuduhan memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, Saiful Anuar Ab Rani dituduh melakukan perbuatan itu di Bandar Puteri Jaya di sini lebih kurang 3 petang pada 1 April 2021.
Disebabkan perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian