Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan pencinta ilmu agama

Orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham di Kampung Batu Muda.
Orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham di Kampung Batu Muda.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian yang begitu dirasai, bukan hanya keluarga, malah kenalan Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang melihat perjalanan beliau dalam menyampaikan ilmu agama.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom antara kenalan awal yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Menyifatkan Allahyarham seorang yang mencintai ilmu, teliti dan terperinci ketika mengajar di kelas agama, Nasharudin berkata, hubungannya dengan Allahyarham seperti guru dan anak murid.

"Saya mula ikuti kelas agama diajar Allahyarham di Masjid Negara ketika saya masih belajar di Tingkatan 4 dan sempat menghabiskan dua kitab.

"Allahyarham juga individu penting yang mendorong saya ke luar negara mendalami Bahasa Arab di India selama setahun dan ke Jordan selama lapan tahun," katanya.

Katanya, Allahyarham seorang yang sibuk dengan pengajian agama.

"Bila terjumpa di majlis, topik yang akan dibincangkan lebih kepada ilmu agama.

"Arwah sememangnya seorang yang mencintai agama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Datuk Dr Nasharudin
Datuk Dr Nasharudin

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kehilangan Allahyarham adalah satu kehilangan besar dalam negara.

"Negara kehilangan ilmuwan agama yang banyak berjasa dalam hal pentadbiran, penasihat agama di Istana Negara.

"Allahyarham adalah negarawan yang wajar diingati," katanya.

Mengenali Allahyarham sejak dibangku sekolah, Jamil Khir berkata, mereka pernah berjiran.

"Kami sama-sama menghidupkan Masjid Saidina Hamzah dengan kuliah agama dan majlis agama semasa Ramadan," katanya.

Ketika ini ramai yang hadir ke kediaman Allahyarham termasuk saudara mara, kenalan jauh dan dekat di Kampung Batu Muda.

ARTIKEL BERKAITAN:

Allahyarham Abu Hassan tokoh dakwah berpengaruh: Mufti Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia

Andainya ini Ramadan Terakhir, kuliah terakhir ayah: Anak

Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda selepas solat Zohor untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini selepas solat Asar.

Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.

Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.

Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!