Zamsaham sedia jawab persoalan penyokong

Norizam Tukiman
Norizam Tukiman
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia untuk menjawab sebarang soalan daripada penyokong dalam satu majlis jamuan makan bersama penyokong pada Sabtu ini.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengajak penyokong Kelantan FC bertemu sekali gus bersedia untuk meleraikan sebarang persolan yang sedang dihadapi pasukan pantai timur itu.

"Pada 3 Jun 2023 ini boleh hadir ke Zamburger Kelantan di Kota Bharu. Saya buat jamuan makan sambil bertemu dengan semua peminat TRW Kelantan FC. Masa jam 2 hingga 5 petang.

"Saya mohon maaf kerana jadual nak buat awal masa raya tak tercapai kerana saya hadir Expo halal di Kanada. Insya-ALLAH semua yang berkelapangan hadir pada 3 Jun 2023, Sabtu di Zamburger Kelantan, Kota Bharu.

"Ada ruangan sesi soal jawab. Jemput semua hadir," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.

Kelantan FC ketika ini berdepan kemelut tunggakan gaji apabila pemain pasukan itu mendedahkan tidak dibayar untuk bulan April.

Ia sekali gus menambahkan masalah yang sudah melanda pasukan itu sebelum ini apabila bekas jurulatih, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mahu menyaman kelab itu berkaitan kontrak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!