Fox Traffic taja Kongres Antarabangsa AQSA 2023

Fox Traffic pada Kongres Antarabangsa AQSA 2023.
Fox Traffic pada Kongres Antarabangsa AQSA 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Fox Traffic Sdn Bhd menaja Persatuan Juruukur Bahan ASEAN (AQSA) dan Universiti Teknologi Sarawak pada Kongres Antarabangsa AQSA 2023 bagi menyokong pendidikan dan amalan mampan dalam memacu kelestarian serta pendigitalan dalam industri pembinaan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kongres tersebut memfokuskan kepada pelajar tempatan dengan menyediakan peluang bagi mendapatkan pandangan tentang amalan industri dan teknologi serta penyelesaian terkini dalam sektor pembinaan.

“Penajaan ini menunjukkan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan pertukaran pengetahuan dan memudahkan pembangunan generasi akan datang dalam industri.

“Ia sejajar dengan fokus industri untuk mempromosikan kemampanan, penyelesaian pintar dan mengurangkan jejak karbon bagi mengukuhkan komitmen terhadap prinsip ini,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kongres Antarabangsa AQSA 2023 fokuskan kepada pelajar tempatan dengan menyediakan peluang bagi dapatkan pandangan tentang amalan industri dan teknologi serta penyelesaian terkini dalam sektor pembinaan.
Kongres Antarabangsa AQSA 2023 fokuskan kepada pelajar tempatan dengan menyediakan peluang bagi dapatkan pandangan tentang amalan industri dan teknologi serta penyelesaian terkini dalam sektor pembinaan.

Tambah Fox Traffic, terdapat beberapa kelebihan dalam kongres tersebut, antaranya meningkatkan jenama syarikat dalam industri agar dapat menyelesaikan masalah pengangkutan yang mampan dan mengukuhkan reputasi sebagai organisasi boleh dipercayai serta berfikiran ke hadapan.

Dalam pada itu, dengan menyokong pendidikan generasi akan datang, ia dapat menyumbang kepada pembangunan kerja terlatih untuk pemain industri.

“Pertukaran pengetahuan mampu memupuk dan mempromosikan pendedahan antarabangsa untuk pelajar tempatan supaya memperoleh pandangan serta kepakaran yang tidak ternilai agar dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan peribadi termasuk industri secara keseluruhan.

“Kami amat percaya bahawa melabur dalam pendidikan profesional secara kolektif mampu memacu ke arah landskap pembinaan ASEAN yang mampan dan maju secara digital,” jelasnya.

Justeru, objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemain industri tentang produk dan penyelesaian berhubung dengan pihak berkepentingan utama termasuk pembuat keputusan serta peneraju pendapat utama dalam sektor pembinaan.

“Kami berharap dapat memupuk kerjasama dan perkongsian yang produktif yang akan membawa kepada landskap pembinaan lebih mampan serta maju dari segi teknologi di seluruh rantau ASEAN,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!