Perakam insiden penunggang motosikal tendang Myvi diminta tampil

Polis mohon perakam insiden penunggang motosikal tendang kereta di Lebuhraya Damansara Puchong, di sini, pada Jumaat lalu, tampil bantu siasatan.
Polis mohon perakam insiden penunggang motosikal tendang kereta di Lebuhraya Damansara Puchong, di sini, pada Jumaat lalu, tampil bantu siasatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta individu yang merakam video aksi seorang penunggang motosikal menendang sebuah kereta Perodua Myvi di Lebuhraya Damansara Puchong, di sini, pada Jumaat lalu, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan satu video tular di aplikasi media sosial memaparkan tindakan penunggang motosikal itu.

"Berdasarkan rakaman 'dashcam' kejadian berlaku pada jam 8.50 malam itu memaparkan seorang penunggang motosikal dipercayai tidak puas hati terhadap pemandu kereta yang menukar lorong secara bahaya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Fakhrudin berkata, hasil pemerhatian insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Polis mohon perakam insiden penunggang motosikal tendang kereta di Lebuhraya Damansara Puchong, di sini, pada Jumaat lalu, tampil bantu siasatan.
Polis mohon perakam insiden penunggang motosikal tendang kereta di Lebuhraya Damansara Puchong, di sini, pada Jumaat lalu, tampil bantu siasatan.

"Kita memohon perakam insiden tersebut diminta untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kita tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memandu secara berbahaya dan melanggar undang-undang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!