Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan

Foto - Facebook Istana Negara
Foto - Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun itu akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,” menurut hantaran itu.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok, sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!