Rumah penyanyi Rosemaria rosak teruk dipukul ribut

Keadaan bahagian tingkat atas rumah Rosemaria (gambar kecil) selepas ribut petang Isnin.
Keadaan bahagian tingkat atas rumah Rosemaria (gambar kecil) selepas ribut petang Isnin.
A
A
A

Rumah Rosemaria mengalami kerosakan teruk selepas dipukul ribut.
Rumah Rosemaria mengalami kerosakan teruk selepas dipukul ribut.

KOTA BHARU - Rumah penyanyi terkenal 70-an, Rosemaria Abdul Hamid rosak teruk selepas dipukul ribut dalam kejadian petang Isnin.

Berkongsi kejadian berkenaan, penyanyi yang popular dengan lagu Di Pagi Aidilfitri dan Nasi Dagang berkata, ribut kuat berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia sedang menjahit pakaian yang ditempah pelanggan.

Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas 67 tahun kediaman itu dibina.

"Ketika itu saya bersama seorang anak berusia 19 tahun, dua cucu berusia satu dan empat tahun berada dalam bilik tidur di tingkat atas.

"Apabila ribut semakin kuat, saya mendukung cucu dan mengajak anak ke ceruk bilik kerana bimbang keselamatan dan berlaku runtuhan," katanya ketika ditemui di Jalan Sultanah Zainab, di sini pada Selasa.

Rosemaria memberitahu, dia tidak mampu turun ke bawah kerana bunyi zink dan kayu yang kuat selain tidak tahu bagaimana keadaan sekeliling rumahnya.

Kayu dan zink berselerak selepas rumah Rosemaria dipukul ribut.
Kayu dan zink berselerak selepas rumah Rosemaria dipukul ribut.

Sebaik sahaja ribut reda, penyanyi berusia 66 tahun itu keluar dan tetapi malangnya mereka tidak boleh keluar kerana tangga di luar rumah dipenuhi zink, kayu dan sampah.

"Ketika itu saya tergamam kerana terlalu takut dan hanya melihat zink serta kayu 'terbang' melalui media sosial yang tular.

"Rupa-rupanya bunyi bising yang saya dengar ialah sebahagian kayu dan zink yang tercabut di tingkat atas rumah," katanya.

Jelasnya, hujan dan ribut berturut-turut sejak tiga hari lalu menyebabkan rumahnya mengalami kerosakan teruk.

Rumah Rosemaria mengalami kerosakan teruk selepas dipukul ribut.
Rumah Rosemaria mengalami kerosakan teruk selepas dipukul ribut.

"Buat masa ini saya hanya menumpang di rumah kawan sehingga rumah siap dibaiki," katanya.

Ttambah Rosemaria lagi, jumlah kerugian tidak dapat dipastikan dan ada beberapa pihak yang sudi membantu bagi mengurangkan bebannya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang di akaun Maybank 15301104223 atas nama Rosemaria Abd Hamid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!