Lelaki proses jus dadah berperisa kecundang

Cha Hoong Fong (tiga kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini pada Selasa.
Cha Hoong Fong (tiga kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah ekstasi dan ketamin sebelum dijadikan peket jus dadah berperisa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Pandamaran, di sin pada jam 6.30 petang, Rabu lalu.

"Sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dengan menjadikan sebuah rumah sebagai makmal mini mereka untuk pemprosesan dan pembungkusan dadah tersebut.

"Jus-jus dadah itu dibuat berperisa termasuk anggur, tembikai, mangga dan limau sebelum dijual pada harga RM200 sepeket yang dianggarkan seberat 5 gram (g)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menghasilkan sebanyak 1,000 peket setiap minggu bergantung kepada permintaan pelanggan.

"Sasaran pasaran mereka adalah sekitar kelab hiburan bukan sahaja di daerah ini malah luar Klang," katanya.

Hoong Fong berkata, difahamkan pembahagian campuran dadah itu adalah 0.1g ketamin dan 0.6 estacy selain ditambah perisa buah-buahan.

"Hasil saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Benzo. Kita turut merampas 2,700 biji pil ecstasy, 120 peket serbuk ekstasi dan satu peket ketamin dianggarkan berat keseluruhan 4.7 kilogram bernilai RM180,000.

"Suspek direman tujuh hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Kita sedang mengesan suspek lain yang terlibat dalam sindiket dadah itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!