Ibu cemas alas periuk besi terlekat di leher bayi

Bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong alas periuk yang terlekat di leher bayi tersebut.
Bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong alas periuk yang terlekat di leher bayi tersebut.
A
A
A

TUMPAT - Seorang ibu dari Taman SPP Kota Warisan, di sini berdepan detik cemas apabila leher bayi lelakinya berusia 14 bulan terlekat alas periuk besi.

Komander operasi, Mohd Nazdy Mohd Nor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat menerima panggilan pada jam 3 petang Isnin untuk bantuan tugas khas itu.

Katanya, dia bersama empat anggota lain tiba di rumah mangsa dan bayi lelaki itu sedang menangis.

"Di lehernya terlekat besi alas periuk dan ibu mangsa juga tidak tahu bagaimana peralatan dapur itu boleh terlekat di leher bayinya.

"Kami menggunakan alat pemotong khas dan hampir lapan minit masa diambil sebelum besi pengalas periuk itu berjaya dipotong," katanya di sini pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, bayi lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!