Pencari madu maut jatuh pokok tualang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang dalam kejadian di hutan Kampung Meranto, Gua Musang pada Selasa.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.18 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun berkenaan dikatakan memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30.5 meter.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa pergi ke hutan bersama dua lagi rakannya.

"Sebaik sahaja menerima laporan, polis terus bergegas ke lokasi dan mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bertam.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemukan bersama mangsa.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu bagi menghormati privasi keluarga mangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!