Wanita hamil sakit, Qatar Airways buat pendaratan cemas
ISLAMABAD - Qatar Airways membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, selepas seorang wanita warga Filipina yang sedang hamil mengalami kesakitan, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) Pakistan pada Selasa, lapor Xinhua.
Penerbangan itu dalam perjalanan dari Doha ke Manila, menurut CAA.
Menurut CAA, wanita itu diberikan pertolongan cemas dalam penerbangan dan seorang doktor dan ambulans sudah sudah menunggu semasa pesawat mendarat dan menyambut kelahiran bayi.
Wanita itu dan bayinya dipindahkan ke hospital tempatan dan pesawat berkenaan meneruskan perjalanan pada awal pagi Selasa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!