Mahkamah Libya jatuhkan hukuman mati 23 ahli Daesh
TRIPOLI - Sebuah mahkamah di Libya menjatuhkan hukuman mati ke atas 23 anggota kumpulan pengganas Daesh/ISIS, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kenyataan pejabat peguam negara, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 14 yang lain atas pertuduhan yang sama.
Seorang lagi dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, enam lagi dipenjara 10 tahun, seorang lima tahun dan enam yang lain dipenjara tiga tahun manakala lima yang lain dibebaskan dan tiga lagi meningal dunia sebelum kes mereka dibicarakan, menurut kenyataan itu.
Defendan disabitkan dengan pelbagai pertuduhan, termasuk memenggal kepala 21 orang Kristian Koptik Mesir di bandar pesisir pantai Sirte pada 2015.
Beratus-ratus bekas militan Daesh/ISIS masih berada di penjara Libya, kebanyakannya masih menunggu perbicaraan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!