Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pas Pulau Pinang perlu jelas pendirian

A
A
A

Pas Pulau Pinang harus menyatakan pendirian mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka Pas tidak sepatutnya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ini kerana, menurut Guan Eng, jika gagal menyatakan pendirian mereka, maka ia menunjukkan Pas Pulau Pinang tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan rakyat di negeri ini dalam mempertahankan, melindungi serta memelihara Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Muhammad Sanusi secara terbuka menyatakan beliau meragui kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud memandangkan negeri itu sepatutnya berada di bawah Kedah.

Berikutan kenyataan provokasi tersebut, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan usul sebulat suara, disokong satu-satunya ADUN Pas, mengecam Muhammad Sanusi kerana meragui kedaulatan negeri itu.

Tambah beliau, Muhammad Sanusi juga jelas berniat untuk memanfaatkan dakwaan palsu tersebut demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam PRN akan datang.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, rakyat negeri itu harus membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi kerana menimbulkan ketidaktenteraman awam dan cuba menimbulkan permusuhan antara penduduk Kedah dan Pulau Pinang.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian