Batal kes salah guna kedudukan Muhyiddin didengar 11 Julai
BERITA MOJO 31 MEI 2023
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menetapkan 11 Julai depan untuk mendengar permohonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes yang dihadiri pasukan pembelaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk K Kumaraendran dan Amer Hamzah Arshad.
Pihak pendakwaan pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Grarib.
Dalam prosiding, bekas Perdana Menteri itu tidak hadir ke mahkamah selepas pembelaan menghantar surat dengan memohon pemimpin politik itu dikecualikan kehadiran kerana prosiding hanya membabitkan peringkat pengurusan kes.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/GdkJ
#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian